Tuesday, July 30, 2013

Part One.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah petang semalam 29 Julai, K'zie telah mula membuat penghantaran kek 'part one' melalui pos kepada customer. Penghantaran adalah sekitar Ampang, Batu Pahat dan Kempas, Johor, Alor Setar, Kemaman dan juga Taiping, Perak. Penghantaran seterusnya adalah pada 31 Julai pula. Semoga dipermudahkan. Terima kasih semua. 


Halimah dari Batu Pahat, Johor. Terima kasih.

Hasmah dari Taiping, Perak dan Nor Jamilah dari Kemaman, Terengganu. Terima kasih.

Zuhaili dari Ampang dan Rahmah dari Kempas, Johor. Terima kasih.

Nuridah dari Alor Setar. Terima kasih.

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada K'zie Homemade Kek Lapis Sarawak.

Alhamdulillah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah semalam berjaya menyiapkan beberapa lagi loyang kek untuk customer. Berkerja keras dulu sebelum raya. Syukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Semoga segala usaha dan kerja keras ini diberkati Allah. Amin. Terima kasih atas sokongan daripada suami dan anak-anak. Terima kasih juga kepada regular customer dan yang baru kerana berminat dengan K'zie Homemade Kek Lapis Sarawak. Eh, jauh menyimpang. Oh ya, ni ada sedikit gambar kek yang baru siap dibakar semalam. Ada lagi yang tak siap packing. Mulai esok dah mula edarkan kek pada customer yang order melalui postage.




Sunday, July 28, 2013

Saturday, July 27, 2013

Update Tempahan Raya 2013 (2)

Lg gambar sekitar persediaan tempahan kek lapis sarawak :)







Update Tempahan Raya 2013 (1)


Alhamdulillah...
Syukur utk tahun 2013, tempahan kek lapis K'zie masih mendapat tempat di hati pelanggan, pelanggan baru dan setia. Terima kasih buat anak, Iqa kerana banyak membantu dlm menyiapkan kesemua tempahan yg tak menang tangan kalau nak disiapkan K'zie seorang :)

Terima kasih kepada semua pelanggan yang masih setia memilih kek lapis K'zie :)

Gambar2 update buat peminat :

Dapur mini kek lapis K'zie

             
                                                              Kek lapis yg telah dibakar

Thursday, July 25, 2013

Orang Kuat Kak Zie Kek Lapis Sarawak



Org kuat utama confirmla tuan punya acuan,hee..Roziah atau lebih dikenali rakan2 sbg Kak Zie..Org kuat kedua Kak Zie ialah adik admin, Nurul Atiqa @ Iqa..Iqa ni mmg da jd full time kerja dia time mid sem break akan tolong Kak Zie ; dialah yg tukang jaga oven, diala tukang balut kek, tukang buat bil, ada bakatla nk jd pewaris bussiness ni..Iqa pn ada terima tempahan Blueberry Cheese Tart..Xlupa juga kpd suami Kak Zie, Ismail yg byk memberi sokongan & galakan kpd Kak Zie. Anak2 Kak Zie yg lain termasuklah menantu turut memberi sokongan dgn menjadi ejen kpd bussiness kek lapis Kak Zie :)

FB Link : K'zie Homemade Kek Lapis Sarawak

Aidilfitri 2013 Pre-order

Contoh jenis kek lapis Kak Zie & harganya..


For more pics of Kak Zie Sarawak layer cake,please follow this link :Kak Zie Kek Lapis Sarawak


Bussiness Introduction

"Kak Zie Homemade Kek Lapis Sarawak"                        
Blog ini dicipta khas sbg sokongan kpd my mum, Roziah @ Kak Zie. Pengalaman menetap di Sarawak selama +/- 6 tahun digunakan sepenuhnya utk Kak Zie mendalami ilmu & teknik terbaik dlm menghasilkan kek lapis asli yg lazat. Kek lapis Kak Zie telah menerima tempahan hampir di seluruh semenanjung melalui tempahan yg dibuat melalui ejen2 ( termasuk anak2 ) & kenalan. Walaupun dlm skala yg kecil jika dibandingkan dgn nama2 besar di Sarawak, namun setiap pelanggan mempunyai sebab tersendiri utk memilih kek lapis Kak Zie. Semoga perniagaan Kak Zie akan terus mendapat sambutan dr pelanggan setia & baru..
InsyaAllah :)